Maklumat dan info waktu solat di malaysia

Lailatul Qadar Satu Kurnian Yang Besar

Lailatul Qadar Satu Kurnian Yang Besar

Lailatul Qadar
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?



Pengisian Dan Doa Di Malam Lailatul Qadar
Hampir setiap dari kita mengetahui bahawa malam lailatul qadar adalah pada malam-malam ganjil misalnya malam ke 21,malam ke 23,malam ke 25,bahkan ramadhan pernah jatuh pada malam 27 ramadhan.


Didalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat malam bersama mereka (kaum muslimin) pada malam 23 dan 25. Disebutkan bahawa Baginda s.a.w mengajak keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Hal ini menunjukkan kesungguhan beliau membangunkan mereka di hari-hari ganjil yang diharapkan terjadi didalamnya Lailatul Qadar.

Alhamdulillah,kita dikurniakan ramadhan,dan kini hampir memasuki fasa terakhir ramadhan.Maka kita patut bersyukur,begitu banyak yang Allah kurniakan,salah satu darinya adalah Lailatul Qadar.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud atau ada pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1.Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Jadi pengisianya adalah jalanya meraih lailatul qadar.Andai kata kita mengetahui tarikh dan waktu sebenar lailatul qadar,tidak ada gunanya andai kita tidak mengisi dengan pengisian ibadah-ibadah di malam tersebut.Maka salah satu hikmat dirahsianya malam tersebut adalah kita menunjukan minat kepada malam lailatul qadar menerusi amal ibadah,doa-doa dan penghayatanya walaupun malam tersebut adalah rahsia,namun kita telah ada pengisian-pengisian yang bermakna pada 10 malam terakhir,selain mengharapkan agar lailatul qadar dapat kita raih,inn syaAllah.

Sebagian para salafusshaleh berpendapat bahawa kesungguhan di (malam) Lailatul Qadr adalah juga seperti kesungguhan di siang harinya dengan senantiasa bersungguh-sungguh dalam beramal soleh.

Imam Syafi’i berkata,”Dianjurkan agar kesungguhannya di siang hari seperti kesungguhannya di malamnya.” Hal ini menunjukkan anjuran bersungguh-sungguh di setiap waktu dari sepuluh malam terakhir baik di siang maupun malam harinya.Seperti Halnya saat siang hari saat ber puasa.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Lailatul Qadar Adalah Malam Yang Istimewa

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.

“Ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

“Ertinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]

Kelebihan Lailatul Qadar


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)

- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).


Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.
Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Doa Dimalam Lailatul Qadar

Rasulullah s.a.w mengesyorkan agar di baca doa di malam-malam 10 terakhir agar tidak lengkang walau satu malam pun pada tempoh itu melainkan ada doa setiap malamnya.Baginda s.a.w mengajarkan doa yang khusus dimalam lailatul qadar.Baginda s.a.w mengajarkan Saidina Aisyah r.anha,satu doa yang harus dibaca setiap malam-malam itu,ini kerana sekiranya doa tersebut bertepatan dengan malam lailatul qadar,tentulah ianya sangat-sangat memberikan kesan,kerana lailatul qadar itu sendiri benar-benar di harapkan.

Rasulullah S.a.w memerintahkan Ummul Mukminin Aisyah untuk berdoa di malam-malam itu. Aisyah berkata; "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku ketepatan mendapatkan malam lailatul Qodar, apa yang harus aku ucapkan?",

Baginda s.a.w menjawab: Ucapkanlah; "ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ANNA” (ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pema'af mencintai kema'afan, maka ma'afkanlah daku)." 
(HR. Ibnu Majah, yang dishahihkan oleh Al Albani)

Sofyan Tsauriy berkata,”Berdoa di malam itu lebih aku sukai daripada melaksanakan solat. Dan jika dia membaca maka dia berdoa dan berharap kepada Allah didalam doanya yang barangkali Dia swt menyetujui permintaannya. Memperbanyak doa lebih utama daripada melaksanakan solat yang tidak diperbanyak doa didalamnya namun jika dia membaca lalu berdoa maka itu baik.”

Diantara ibadah yang paling mulia yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt pada waktu ini adalah tabattul (Fokus dalam beribadah kepada Allah)


Pengisian lailatul qadar
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.



Pengisian lailatul qadar

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.




Menumpukan perhatian serta mengosongkan hati hanya untuk-Nya, meninggalkan pertengkaran,perbualan sia-sia, ikhtilath yang tercela,berbagai kesibukan dan hendaklah anda menyendiri dan berhias dengan munajat kepada Tuhanmu, berzikir dan berdoa kepada-Nya.

Berbaik Sangka Kepada Allah

Dan hendaklah kita berbaik sangkat kepada Allah s.w.t.Kita memohon kepadanya dikurniakan lailatul qadar,maka hendaklah kita senantiasa berfikir yang baik sahaja kepada Allah s.w.t.Sungguh,walaupun apa cara sekalipun pengisian kita dimalam itu,andai kata kita berburuk sangkat pada Allah,maka tidak ada gunanya amal ibadah kita,jika Allah sendiri pun kita berburuk sangka,maka kepada siapa lagikah hendak kita tujukan ?

Jika kamu kehilangan sesuatu maka bangunlah dan berusahalah barangkali kamu akan mendapati penggantinya. Sesungguhnya Allah swt menahan pemberian bagi orang buruk sangka terhadap Allah swt. seandainya kamu berbaik sangka terhadap Allah maka amalmu akan semakin baik karena kamu akan mencintai-Nya dengan kecintaan yang dalam. Wahai Allah kami meminta cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta setiap amal perbuatan yang mendekatkan kami ke syurgamu.”

Inn syaAllah sama-sama mengharapkan lailatul qadar.Allah s.w.t telah mengurniakan,menawarkan,memberikan kurnian yang besar ini,yang istimewa,yang berkat,maka kejarlah apa yang Allah s.w.t telah janjikan itu,iaitu lailatul qadar.Bukan selalu kita dapat peluang ini,setahun sekali sahajalah peluang ini.Jarang-jarang kita perolehi,entah tahun-tahun akan datang,dapatkah lagi lailatul qadar,tidak dapatlah kita ketahui.Wallahualam

Sumber:http://wannursyarifah.blogspot.my/2016/06/pengisian-dan-doa-di-malam-lailatul.html

Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang


Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang

Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang

Assalamualaikum S.S Datuk, apakah hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang dikumandangkan ?


Jawapan:



Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat. Amma Ba’du.



Dalam menjawab persoalan ini, kami bahagikannya terlebih dahulu kepada beberapa bahagian:



Hukum Mengambil Wudhuk Sebelum Dan Selepas Azan.




Para Ulama apabila menyebutkan berkenaan beberapa keadaan yang mana perbuatan sunat itu lebih afdhal berbanding perbuatan wajib mereka menyebutkan berkenaan hukum wudhuk sebelum dan selepas azan. Mereka mengatakan bahawa hukum mengambil wudhuk sebelum azan adalah Sunat. Manakala hukum mengambil wudhuk selepas azan adalah Wajib.



Kata al-Imam Ibn al-Subki Rahimahullah:



Berwudhuk sebelum masuk waktu itu adalah sunat dan ia lebih afdhal berbanding (berwudhuk) setelah masuknya waktu. Inilah pendapat yang dijelaskan oleh al-Qammuli dalam al-Jawahir dan sesungguhnya berwudhuk itu wajib setelah masuknya waktu solat. Lihat Al-Asybaah wal-Nazhair, al-Suyuthi (1/272).



Hukum Menjawab Seruan Azan




Perintah menjawab azan yang dikumandangkan dengan cara mengulangi apa yang telah disebutkan oleh muazzin adalah berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:



إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ



Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.



Riwayat Muslim (383).



Berdasarkan hadis di atas, sebahagian para fuqaha mengatakan bahawa hukum menjawab azan adalah wajib. Ini kerana, di sana terdapat kata perintah dari Rasulullah S.A.W iaitu: “Maka ucapkanlah”. Ayat perintah ini kata mereka menunjukkan kepada wajib.



Manakala majoriti fuqaha berpendapat, hukum menjawab azan adalah sunnah mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Mereka berdalilkan dengan sebuah hadis yang sahih daripada Anas bin Malik R.anhu beliau berkata:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُغِيرُ إِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ وَكَانَ يَسْتَمِعُ الأَذَانَ فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا أَمْسَكَ وَإِلاَّ أَغَارَ فَسَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " عَلَى الْفِطْرَةِ " . ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " خَرَجْتَ مِنَ النَّارِ



Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah menyerang musuh apabila terbitnya fajar dan baginda meneliti untuk mendengar seruan azan. Sekiranya baginda mendengar azan baginda berhenti sebentar dan jika tidak baginda teruskan menyerang. Maka baginda mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Allahu Akbar Allahu Akbar”. Maka Rasulullah S.A.W mengatakan: “(Dia) berada di atas fitrah”. Kemudian lelaki itu mengatakan: “Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang selain Allah”. Maka baginda mengatakan: “Kau telah keluar daripada neraka”.



Riwayat Muslim (382)



Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W apabila mendengar azan baginda tidak mengikut atau mengulangi ucapan azan sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin. Ini menunjukkan bahawasanya hukum menjawab atau mengulangi azan adalah sunat sahaja di sisi majoriti fuqaha.



Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan




Wudhu’ semasa azan dikumandangkan adalah harus hukumnya dan tidak terdapat larangan dari sudut syarak. Akan tetapi, dikehendaki bagi orang yang berwudhuk untuk berusaha menjawab azan selepas diucapkan oleh muazzin berdasarkan sabda Nabi S.A.W:



إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ



Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.



Riwayat Muslim (383).



Khatimah



Akhir kalam, kami berpendapat bahawasanya hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang berkumandang adalah dibolehkan. Walaupun begitu, adalah lebih baik untuk kita bersiap sedia mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum azan dikumandangkan kerana itu lebih afdhal. Mengambil wudhuk sebelum azan juga memberikan ruang kepada kita menjawab laungan azan sebaik sahaja ia dikumandangkan. Maka dengan ini, kita akan mendapat ganjaran dan fadhilat yang lebih banyak di sisi Allah S.W.T. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman kepada kita semua. Ameen.



Akhukum Fillah



S.S. DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI



MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


1 JUN 2016 BERSAMAAN 25 SYA’BAN

Waktu solat bagi kawasan Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Waktu solat bagi kawasan Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia


Waktu solat bagi kawasan Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Semak waktu solat bagi seluruh negeri di Malaysia boleh anda lakukan hanya  satu klik.
Disebelah kanan anda terdapat widget yang membolehkan anda menyemak waktu solat bagi bandar-bandar di seluruh Malaysia.
Widget waktu solat boleh digunakan dengan memklik pilihan pengguna dan pilih zon-zon kawasan pilihan anda.Refresh laman anda selepas memilih waktu solat agar widget waktu solat memaparkan kemaskini. 

Semak waktu solat negeri Perlis,Semak waktu solat negeri Kedah,Semak waktu solat negeri Pulai Pinang,Semak waktu solat negeri Perak,Semak waktu solat negeri Selangor,Semak waktu solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,Semak waktu solat negeri Melaka,Semak waktu solat negeri Johor,Semak waktu solat negeri Pahang,Semak waktu solat negeri Terengganu,Semak waktu solat negeri Kelantan,Semak waktu solat negeri Sarawak,Semak waktu solat negeri Sabah,Semak waktu solat Wilayah Persekutuan Labuan.


Widget adalah ehsan dari waktusolatnet

Back To Top