Maklumat dan info waktu solat di malaysia

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Tentu diantara kita ada menaiki pengangkutan udara seperti kapal terbang untuk tujuan perniagaan ditempat lain atau urusan peribadi lain atau bermusafir.Maka bagaimanakah cara solat dan jenis-jenisnya agar bertepatan dengan tujuan berpergian kita.

SOALAN: Saya sering bermusafir ke luar negara sama ada atas sebab kerja mahupun melancong. Bolehkah ustaz terangkan cara yang benar untuk solat di dalam kapal terbang? Tentang perihal menghadap kiblat dan berdiri di dalamnya? 
  
JAWAPAN: Solat wajib didirikan bagi setiap Muslim walau dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali dengan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Bagi seorang musafir dia boleh menunaikan solat jamak dan qasar sebelum dia berlepas. Namun sekiranya belum masuk waktu ketika dia ingin berlepas maka dia boleh menjamakkan solatnya pada waktu solat kedua yang sering kita istilahkan sebagai jamak ta’khir. Adapun jika ketika dia berlepas masih belum masuk waktu zohor misalnya dan kemudian  jarak tempoh masa penerbangannya  tiba akan melebihi waktu solat asar iaitu maghrib atau isyak. Maka dia perlu menganggarkan waktu (zohor atau asar) dan perlu melakukan solat jamak di dalam kapal terbang tersebut. 

Walaubagaimanapun jika dia berlepas sebelum maghrib dan dijangka tiba dalam waktu isyak maka dia boleh menunaikan solat secara jamak takhir iaitu setelah tiba di destinasi. Adapun pada solat subuh dia perlu solat seperti biasa kerana ia tidak termasuk dalam solat yang boleh dijamakkan. Bagaimana pula ingin mendirikannya? Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang boleh digunakan untuk mendirikan solat di dalam kapal terbang, bas, perahu, kapal selam, kapal laut, kapal angkasa dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Jabir r.a  bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke arah timur. Apabila hendak mengerjakan solat (wajib) Baginda turun dari tunggangannya dan solat menghadap ke arah kiblat.
Mengenai persoalan menghadap kiblat, terdapat dua pandangan penting. 

Pertama : Sekiranya mampu untuk menghadap kiblat  sebagai contoh ada tempat yang luas untuk melakukan solat secara sempurna maka wajib untuk menghadap kiblat.

Kedua : Jika tidak mampu untuk menghadap kiblat kerana tempat yang terlalu sempit maka gugur tuntutan menghadap kiblat dan dibolehkan untuk menghadap arah perjalanan kenderaan. 

Terakhirnya, adakah boleh solat dalam keadaan tidak berdiri? Umumnya adalah wajib untuk berdiri namun jika tidak mampu maka dibolehkan untuk dia bersolat dalam keadaan yang semampunya dia lakukan. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w  : “Solatlah kamu dengan berdiri, jika kamu tidak mampu maka solatlah dengan duduk, jika kamu tidak mampu maka berbaringlah dengan mengiring.” (Riwayat Bukhari, Taqsir al-Solah no. 1117)


Allahualam


Rujukan:Artikel dari http://majalah-i.karangkraf.com/fardhu-ain/solat-dalam-kapal-terbang-1.404888

Solat Jamak Takdim Dan Qasar Dan Niatnya

Solat Jamak Dan Niatnya

Berikut adalah huraian mengenai solat jamak Takdim dan Qasar dan niatnya.

Solat Jamak 


Jamak ertinya menghimpun,mengabungkan dua solat ke dalam satu solat.Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 

Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 


Solat Jamak صلاة الجمع

Jamak Takdim


Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. 


Jamak Takhir

Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat. 


SOLAT QASAR


Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya


Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. 

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 (dua) kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini : 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. 

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengan niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

Niat Jama' Takhir dan Qasar: 

i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala.


Rujukan:http://wannursyarifah.blogspot.my/2016/05/solat-jamak-dan-solat-qasar.html
Back To Top