Maklumat dan info waktu solat di malaysia

Bolehkah Memakai Wangin Ketika Sedang Ihram?


Larangan Ketika Berihram Haji
Larangan setelah berihram ketika haji adalah suatu kewajipan juga sebagai manasik haji yang perlu dipatuhi oleh semua jemaah haji denganya dapat menyempurnakan perintah Allah s.w.t.Adapun bagi yang melanggar larangan ketika sedang ihram itu,akan dikenakan dam atau denda sebagai kafarah atau penebus bagi kesalahan tersebut.

Contoh perintah larangan dilakukan saat berihram adalah daripada firman Allah s.w.t:

Mencukur rambut, dengan dalil firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَلاَ تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةُُ مِّنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ


“Dan jangan kamu mencukur kepalamu sebelum korban sampai ke tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka wajib atasnya membayar fidyah,iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.” [al Baqarah/2:196]

Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Ka’ab bin Ujrah, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:

كَانَ بِيْ أَذَى مِنْ رَأْسِيْْْْ فَحُمِلْتُ إِلَى النَّبِيْ وَ اْلقُمَلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِيْ فَقَالَ مَا كُنْتُ أَرَى أَنَّ الْجَهْدَ قَدْ بَلَغَ مِنْكَ مَا أَرَى أَتَجِدُ شَاةً ؟ قُلْتُ لاَ فَنَزَلَتْ هَذِهِ الأَيَةُ.

“Aku mendapatkan gangguan di kepalaku, lalu aku dibawa ke Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan kutu-kutu bertebaran di wajahku, lalu beliau berkata: “Tidak ku-sangka begitu parah apa yang telah menimpamu, apakah kamu mampu mendapatkan kambing? Aku menjawab :”Tidak”, maka turunlah ayat tersebut [al Baqarah:196]”.

Terdapat beberapa senarai pembahagian larangan dilakukan saat berihram lainya yang diperjelaskan secara ringkas seperti dibawah.Berikut beberapa larangan ihram yang boleh di berikan tumpuan oleh bakal-bakal haji inn syaAllah.

Pembahagian Larangan Ihram itu antaranya adalah:



Pakaian


  • Ketika sedang ihram,jemaah haji selagi dilarang  memakai pakaian berjahit (lelaki)
  • Ketika sedang dalam ihram,jemaah haji lelaki Tidak boleh menutup kepala (walaupun sekadar meletak sehelai kain atau kertas atau apapun yang dijadikan penutup kepala di agar boleh menutup kepala tanpa keperluan mendesak atau hal mustahak.
Walaubagaimanapun terdapat keharusan menggunakan kaedah ini yang tidak dikenakan dam antaranya adalah:
  • Berteduh dibawah pokok
  • Menggunakan payung
  • Berteduh dibawah khemah
  • Bagi jemaah haji wanita,larangan menutup muka
  • Tidak boleh memakai sarung tangan bagi jemaah haji lelaki mahupun wanita (kecuali memiliki keperluan bahawa sarung tangan itu amat mustahak baginya seperti penyakit pada tangan memelukan ia menutup atau bersarung tangan atau apa-apa keperluan yang dinilai amat penting.Walaubagaimanapun,jemaah lelaki mahupun wanita tidak dikira salah andai menyembunyikan tanganya disebalik tudung,skaf,atau kain ihram.


Kecantikan 
(lelaki dan wanita)


  • Tidak boleh memakai wangi-wangian
  • Tidak boleh menyapu minyak
  • Tidak boleh menanggalkan rambut atau mencukur rambut atau mencabut rambut
  • Tidak boleh memotong kuku


Alam sekitar 
(Etika Adab)


  • Tidak boleh memburu binatang buruan
  • Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan


Hubungan


  • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
  • Mukadimah persetubuhan (Bercumbuan suami isteri)
  • Persetubuhan suami isteri


Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji.....” (Al-Baqarah:197)

Mengambil falsafah daripada firman Allah SWT itu, haji adalah satu madrasah untuk mentarbiahkan manusia dengan menahan diri daripada dorongan kebiasaan dan hawa nafsu. Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi memerlukan satu komitmen untuk mematuhi tata cara manasik haji. Ia juga memerlukan pengorbanan keselesaan yang bukan sedikit. Ini bertepatan dengan mafhum hadis bahawa “haji itu adalah jihad” iaitu dengan melawan hawa nafsu.

Terdapat beberapa 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan jemaah haji sama ada secara sengaja atau secara tidak sengaja telah melakukan perkara larangan ihram tersebut.Misalnya adalah:

 Memakai bau-bauan atau minyak
 Memotong tiga kuku atau menanggalkan tiga helai rambut
 Memakai pakaian bercantum
 Menutup kepala bagi lelaki
 Menutup muka bagi wanita


Adapun bagi jenis-jenis dam atau denda atau sebutan lainya adalah kafarah,terdapat jenis-jenis dan kaedah membayarnya.Kebanyakan 5 bagi kesalahan di atas dikenakan dam takhyir taqdir.

Sila ikuti huraian ringkas Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir 

Lima haiwan fawasiq



Haiwan Yang Boleh Dibunuh Ketika Ihram Dan Di Tanah Haram
Ketika saat ihram,adakah boleh membunuh haiwan seperti kala jengking,ular dan haiwan yang berbahaya lebih-lebih lagi ketika di tanah haram dan dalam ihram?

Bagi meneliti perkara ini,merujuk hadits-hadits Rasulullah s.a.w dari perbagai riwayat,terdapat beberapa anjuran oleh Rasulullah s.a.w dalam menghuraikan kemuskilan tersebut.Hal ini adalah syariat Islam dibangun di atas jalbul mashâlih (menciptakan atau mendatangkan kemaslahatan) dan dar`ul mafâsid (menghapus semua bahaya dan kerosakan). Semua yang merosak dan mengganggu boleh dihilangkan sesuai dengan tingkatan kerosakan dan gangguan yang timbul. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh memberi bahaya [HR Ibnu Majah dIrwa’ al-ghalil no. 896].

Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:


خَمْسٌ فَوَاسِقُ، يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْحَيَّةُ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْحُدَيَّا

Maksudnya: “Lima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ulargagaktikusanjing yang buas atau serigala, dan helang”. (Hadis Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).

Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan. Jika gunakan gam pelekat bila melekat saja di gam tersebut buat pukulan sekali pukul saja sehingga mati. Jika gunakan perangkap tikus keluarkan di kawasan lapang jika tikus keluar saja terus berikan pukulan maut  (semakin banyak pukulan,semakin terseksa haiwan tersebut sekiranya pukul tersebut tidak mendatangkan kematian). 

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:


إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan (memilih cara yang lembut dan terbaik)”. (Hadis Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).

Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.Inilah cara islam dalam menerapkan kehidupan sebagaimana Allah s.w.t telah ajarkan tertib dan adab ketika berhadapan dengan makhluknya sekalipun terpaksa membunuh haiwan itu,namun dengan cara yang berakhlak.Wallahu a’lam.

Didalam hadits lain pula,turut tersenarai sebagai haiwan yang boleh dibunuh termasuk di tanah haram adalah kala jengking:

Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Lima haiwan jahat, yang boleh dibunuh di tanah Haram: Gagak, dan rajawali, dan anjing galak, dan kalajengking, dan tikus." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Abbaas Radhiyallahu Anhu, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam mencegah dari membunuh empat haiwan: Semutlebahburung hud-hud, dan burung Shurad." (HR. Abu Dawuud: 2490)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahukan bahawa sifat pengganggu melekat pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam bahasa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam , binatang-binatang pengganggu itu disebut fawâsiq . Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengizinkan untuk membunuhnya. Demikian juga serangga-serangga, diperbolehkan membunuhnya di tanah suci dan luar tanah suci apabila binatang-binatang tersebut menimbulkan gangguan, seperti semut, kecoa (lipas), nyamuk dan haiwan lain menimbulkan gangguan.[Majmû’ Fatâwa wa Maqâlât Mutanawwi’ah 5/301-302]


Membunuh Haiwan Fawasiq Ketika Sedang Ihram


Dari ‘Aisyah radhiallahu anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ ، وَالْعَقْرَبُ ، وَالْحُدَيَّا ، وَالْغُرَابُ ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

“Ada lima jenis haiwan fasiq (berbahaya) yang boleh dibunuh ketika sedang ihram,iaitu tikus, kalajengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing galak).” (HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Makna fasik dalam bahasa Arab adalah al khuruj (keluar). Seseorang disebut fasik apabila ia keluar dari perintah dan ketaatan pada Allah Ta’ala. Lantas haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana keluarnya mereka hanya untuk mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui haiwan-haiwan tunggangan. Ada pula ulama yang menerangkan bahawa haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana mereka keluar dari haiwan-haiwan yang diharamkan untuk dibunuh di tanah haram dan ketika ihram.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 101)

Ditambah pula kala jengking itu pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w ketika sedang solat,haiwan tersebut menyengat baginda s.a.w hingga bengkak tangan Rasulullah s.a.w.Seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Musnad-nya dari hadits Abdul bin Mas'ud, ia menceritakan, "Ketika Rasulullah shalat, pada saat beliau sujud, tiba - tiba seekor kalajengking menyengat jari tangannya. Maka, Rasulullah keluar dan berkata, 'Semoga Allah melaknat kalajengking. Ia tidak membiarkan (tidak membeza - bezakan) antara seorang Nabi dan tidak pula yang lainnya.' Kemudian Rasulullah menyuruh diambilkan bejana yang berisi air dan garam, lalu bagian yang disengat kalajengking tersebut direndam dengan air dan garam itu sambil membaca, 'Qul huwallahu ahad dan Muaqqidzatain,' hingga rasa sakitnya reda."


Rasulullah s.a.w Disengat Kala Jengking


Ali bin Abi Thalib berkata, “Pada suatu malam, ketika Rasulullah sedang solat, saat beliau meletakkan tangannya di atas tanah (sedang sujud), ada Kalajengking yang menyengatnya. Kemudian beliau mengambil sandal (terompahnya), lalu membunuhnya. Setelah selesai, beliau bersabda, ‘Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak membiarkan orang yang sedang solat atau yang lainnya, juga tidak pandang nabi atau lainnya.’ Lalu beliau mengambil sewadah air dan garam, dan mencampurkannya di wadah (seperti baldi atau seumpamanya bekas air). Kemudian beliau mengguyurkannya ke tangan yang disengat Kalajengking, dan mengusapnya seraya membaca surat al-Falaq dan an-Nas.” (HR. al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah).


Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat Kalajengking. Setelah selesai solat, beliau bersabda,’Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak memandang nabi atau selainnya.’ Lalu beliau mengambil wadah (bekas air) yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat Kalajengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surah al-Ikhlash, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.” (HR. al-Baihaqi dan Imam al-Haitsami menyatakan bahwa sanad hadits tersebut hasan)

Kereta Elektri Untuk Jemaah Haji


Kereta Elektrik Untuk Kemudahan Jemaah Haji Di Mekah

Kereta Elektri Untuk Jemaah Haji

Jemaah haji boleh mendapatkan kemudahan kereta elektrik di masjidil haram,mekah sepanjang musim ibadah haji.Kereta elektrik ini disediakan oleh kerajaan arab saudi bagi jemaah haji yang uzur dan tidak mampu melakukan ibadah saie.Dengan adanya kemudahan ini,diharap dapat memberikan sedikit kelegaan untuk jemaah yang uzur dan kurang upaya.

Ibadah saie memelukan seseorang jemaah haji berjalan sejauh kira-kira berjarak 3 kilometer diantara safa dan marwah.

Kereta Elektrik Untuk Kemudahan Jemaah Haji Di Mekah


Kadar Bayaran Sewa Kereta Elektrik

Kadar sewaan kereta elektrik untuk seorang telah ditetapkan sebanyak Sr50 dan dua orang pada harga Sr100.Jemaah yang ingin menggunakan kemudahan ini haruslah mendapatkan nasihat cara-cara penggunaanya agar tidak timbul isu lain seperti kemalangan atau kemudaratan semasa dalam penggunaanya.Jemaah yang kurang mahir menggunakan kereta elektrik ini perlu berhati-hati dan mendapatkan nasihat tata cara menggunakan kereta elektrik ini di kaunter atau pegawai perkhidmatan yang ditetapkan.


memudahkan jemaah haji mendapatkan kemudahan kereta elektrik

Papan tanda untuk memudahkan jemaah haji mendapatkan kemudahan kereta elektrik yang disediakan didalam masjidil haram,mekah.

kereta elektrik di masjidil haramHarga sewa kereta elektrik di mekah sr50


Diharapkan kemudahan kereta elektrik ini memberikan keselasaan dan dapat membantu penyempurnaan ibadah saie sekaligus ibadah haji berjalan dengan lancar dan teratur.



Mengapakah orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan Dam ?

BAYAN AL-HAJ #18: HAJI TAMATTU’ DAN SYARAT DAM

BAYAN AL-HAJ #18: HAJI TAMATTU’ DAN SYARAT DAM



SOALAN
Mengapakah orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan Dam dan apakah syarat-syarat dikenakan Dam bagi orang yang mengerjakan Haji Tamattu’?

JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Dalam ibadah haji yang kita laksanakan, terdapat peraturan-peraturan yang kita perlu penuhi dan larangan-larangan yang wajib kita jauhi dalam usaha bagi mendapatkan kesempurnaan ibadah haji tersebut. 
Firman Allah SWT:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah, maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah didapati, dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadah Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kembali (ke tempat masing-masing). Semuanya itu adalah sepuluh (hari) yang cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksa-Nya (terhadap orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”(Surah al-Baqarah: 196)

Merujuk kepada persoalan di atas, orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan dam kerana dia mengerjakan Umrah dan Haji dalam bulan-bulan Haji pada tahun yang sama. Dikatakan juga kerana ia bertamattu’ (bersedap-sedap dengan menanggalkan Ihram setelah berihram) dalam bulan-bulan Haji dan tidak keluar ke Miqatnya atau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 2 marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat Ihram Haji.
Manakala syarat-syarat dikenakan dam bagi orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ adalah seperti berikut:

1. Dia bukan daripada penduduk Mekah.
2. Dia tinggal di tempat yang jauhnya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
3. Dia mengerjakan Haji dan Umrah dalam bulan-bulan Haji pada tahun yang sama.
4. Dia tidak berniat ihram Haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan Haji.
5. Dia tidak berniat Ihram Haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.

KESIMPULAN
Kami ingin menasihati mereka yang mengerjakan haji agar mengerjakannya dengan sebaik-baiknya agar ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT. Bagi mereka yang perlu membayar dam, maka langsaikanlah ia mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. 
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.
Wallahua’lam

Pautan ke laman web rasmi PMWP: https://goo.gl/jQ4nG2

Huraian dipetik dari pada Page Fb Mufti Wilayah Persekutuan pada siri Bayan al-Haj #18.

Dilapangkan Rezeki Mohon Doa

Doa Agar Dilapangkan RezekiDoa dilapangkan rezeki bukanlah untuk menjadi kaya secara tiba-tiba.Namun lebih kepada dikurniakan rezeki yang lapang dan mencukupi,dimana dengan kelapangan rezeki yang Allah berikan kepada seseorang itu,maka bertambahlah amal jariahnya seperti rajin bersedekah,rajin membantu orang susah ,yang mana sebelumnya pun ia pernah susah.Maka apa salahnya jika kelapangan itu dikongsi tidak banyak sedikit dengan ahli kerabatnya,saudara dekat atau jauhnya,dan sesudah itu,melihat-lihat akan kesukaran saudara seislamnya jika dapat membantu.

“Andaikata kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung yang pergi pada pagi hari dalam keadaan perut yang kosong dan kembali pada petang hari dalam keadaan perut yang kenyang”. (HR. Tirmidzi)

Jika dilihat bagaimana seekor cicak yang tidak dapat terbang,akan tetapi rezekinya mendapat makanan bersayap ? bagaimana ia mendapatkan jika tidak cuba untuk berusaha,bergerak,menggunakan apa-apa kelebihan yang Allah berikan kepada masing-masing,seperti lidah yang panjang.

Dalam pada itu jua,bertawakal setelah berusaha,sesungguhnya tawakal kepada Allah adalah lebih baik daripada berputus asa seolah-olah ia merasakan tidak ada sesiapa yang membantu,sedangkan Allah ingin menguji seseorang sejauh mana kesabaranya.Tanap ujian ini,kita pasti tidak dapat mengetahui adakah atau apakah sebenarnya kesabaran itu ? adakah kesabaran itu sekadar ucapan atau perbuatan ? dan inilah hakikat sebenarnya.Apabila ada ujian kesempitan,jika dapat sabar,apakah kelak jika dikurniakan ujian kesenangan dengan rezeki melimpah-limpah,kita dapat bersabar sebagaimana sabar ketika kesempitan ?Allahualam.

Maka dalam sabar itu hendaklah berdoa dengan penuh harapan dan setinggi-tinggi harapan kepada Allah s.w.t

Antara doa yang boleh diamalkan sesudah solat,atau bila-bila masa dan saya lebih mengemari ketika sujud dalam solat dan ketika tahiyyatul akhir membaca doa dikurniakan rezeki dan kelapangan dengan yang halal serta dijauhkan dari yang haram.

اَللَّهُمَّ اكْـفِـنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْـنِنيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِـوَاكَ

"Allaahummak-finii bihalaalika 'an haromika wa aghninii bi fadhlika 'amman siwaak “Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram, dan kayakanlah aku dengan kenikmatan-Mu (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu." (HR. at-Tirmidzi)


“Siapa yang ketika keluar dari rumahnya mengucapkan, Bismillaahi tawakkaltu ‘ala llaahi laahaula walaa quwwata illaa billaahi (Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakal hanya kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali hanya dari Allah), maka kepada orang itu dikatakan, Engkau telah diberi petunjuk, engkau dicukupi keperluanmu, juga diberi penjagaan. Maka setan pun menyingkir dari orang tersebut”. (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Sesudah doa,maka teruskanlah runting pekerjaan seperti biasa disamping mengingati Allah banyak-banyak dan bertawakal.Sesungguhnya,Allah tidak pernah lalai akan urusan hamba-Nya.Boleh jadi,dengan sebab kesabaran seseorang itu,urusan hisabnya di akhirat mudah lancar berbanding urusan duniawi.Dan memasuki syurga dengan amalan sabar yang di perakui oleh Malaikat-malaikat.Allahualam

Doa Doa Melancarkan Urusan

Doa Doa Melancarkan Urusan
Doa-doa banyak ada didalam surah-surah al-Quran seperti mana disebut didalam al-Furqaan ayat 25,yang mana apa yang di pohon itu adalah didalam doa,bahkan di akhirat kelak ketika bumi ini habis diratakan,manusia memelukan sebuah tempat tinggal yang baru,iaitu ada dua sahaja tempat tinggal,syurga atau neraka.
Seterusnya dalam ayat 65 juga disana terdapat doa agar dijauhkan azab dari neraka.
Dalam surah yang sama,ayat 74 dimana terdapat doa-doa kebahagian rumah tangga saling sayang menyayangi.
Terdapat banyak tempat ayat-ayat menyebutkan tentang doa-doa yang baik,doa-doa orang terdahulu yang Allah redha kepada mereka dan kurniakan limpah kurnian yang penuh berkat,orang-orang yang berdoa kepada Allah,lalu Allah makbulkan doa mereka.
Sebaiknya doa itu adalah berkaitan dunia dan akhirat seperti mana disebutkan pada ayat 200 surah al-Baqarah orang-orang berdoa semata-mata keduniaan,akan diberikan juga,namun ia lupa akan akhiratnya.Maka cara yang baik adalah pada ayat 201,Allah menerangkan doa yang baik dan betul iaitu dunia akhirat.

Doa ini boleh dilakukan ketika sebelum melakukan sesuatu urusan.
Allahumma ash-lih lii diinilladzii huwa ‘ishmatu amrii,wa dunyaayallatii ma’aasyii,wa aakhiratillatii ilaihaa ma’aadii, waj ‘alil hayaata ziyaadatun lii fii kulli khair,wal mauta raahatan lii min kulli syarri.Ya hayyu yaa qayyuum birahmatika astaghiits,laa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainin wa ashlih lii sya’nii kullihi.
“Ya Allah,perbaikilah agamaku yang merupakan urusanku paling penting dan duniaku tempat penghidupanku serta akhiratku tempat aku kembali.Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan kematian sebagai istirahat bagiku dari setiap kejahatan.(HR Muslim)
Wahai yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus makhluk-Nya.Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan,janganlah Engkau tinggalkan aku (menangani urusanku)sendirian meskipun hanya sekejap dan perbaikilah seluruh urusanku.
(HR Baihaqi dan Ibnu‘Adi dari Anas ra)
Kemudian bacalah doa ini
Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’lanaa min amrinaa rasyadaa.
“Wahai Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
(Surah Al-Kahfi;10)
Sesudah itu,terus dengan doa ini juga
Allahumma laa sahla illaa maa ja’altahu sahlan wa anta taj’alul hazna idzaa syi’ta sahlaa
“Ya Allah,tiada urusan yang mudah kecuali Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesulitan itu mudah,jika Engkau menghendaki.”
(HR. Ibnu Hibban)
Doa itu hak Allah s.w.t,maka cara makbulnya doa lain-lain mengikut apa yang Allah tetapkan,seperti doa itu makbul dan masa menuntutnya didunia lagi,ada yang ditangguhkan dan disimpan di akhirat,ada juga yang doanya ar-Rahman kirim dalam bentuk keselamatan dan bentuk-bentuk rahmat,Inn syaAllah

Anjuran Memperbanyakan Doa Terutama 10 Malam Terakhir Ramadhan

Banyakan Berdoa Terutama 10 Malam Terakhir Ramadhan


Mengharap terkabul doa
Imam asy-Syafie berkata:Dari Makhul,dari Rasulullah s.a.w,beliau bersabda,
"Mintalah diperkenankan doa ketika bertemu tentera,ketika mendirikan solat,dan ketika hujan turun."[Kitab al-Umm jilid I hlm 356]

Diam ketika melihat awan hujan dan angin

Imam asy-Syafie berkata:Dari Muthalib bin Hanthab,bahawa apabila langit berkilat (petir) atau terjadi guntur (guruh),maka hal itu dapat diketahui dari wajah Rasulullah s.a.w,dan apabila hujan turun,beliau gembira."[1]

Imam asy-Syafie berkata:Diriwayatkan dari Aisyah r.anha,ia berkata,"Adalah Rasulullah s.a.w apabila melihat sesuatu di langit yakni:awan,maka beliau tinggalkan pekerjaanya dan menghadap ke kiblat lalu berdoa:
'Ya Allah,turunkanlah hujan yang penuh manfaat'[2]
Imam asy-Syafie berkata:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,ia berkata:Apabila angin berhembus,Rasulullah s.a.w duduk sambil berlutut an berdoa:
"Ya Allah,jadikanlah angin itu sebagai rahmat,dan janganlah Engkau menjadikan ia sebagai azab.Ya Allah,jadikanlah ia sejuk bagi kami dan jangan Engkau jadikan ia sebagai angin taufan."

Imam asy-Syafie berkata:Telah mengkhabarkan kepada kami dari orang yang terpercaya (tsiqah)[3] bahawa Mujahid mengatakan,"Guruh itu adalah malaikat dan kilat itu adalah sayap para malaikat yang menghalau awan."

Imam asy-Syafie berkata:Apa yang diungkapkan Mujahid serupa dengan yang di isyaratkan al-Quran.Telah mengkhabarkan kepada kami dari orang yang terpecaya,dari Mujahid bahawa ia berkata,"Saya tidak mendengar bahawa seseorang melihat kilat dengan matanya,seoalah-olah ia mengisyaratkan firman Allah s.w.t dalam al-Quran,'Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka'."(Surah al-Baqarah ayat 20).

Telah sampai kepada kami dari Mujahit,ia berkata,"Saya pernah mendengar orang yang terkena sambaran halilintar (petir),seakan-akan ia mengisyaratkan firman Allah didalam al-Quran,"dan Dia mengirimkan halilintar (petir) lalu mengenai siapa yang dikehendakinya'."(Suran ar-Rad ayat 13)
Kitab al-Umm hlm 358 jilid I

Malam Yang Utama Berdoa


Doa jika bertepatan jatuhnya lailatul qadar,inn syaAllah menghasilkan keuntungan yang lebih baik dari seribu bulan walau sekadar doa.Apabila seseorang mengharapkan sesuatu setelah sedaya upaya melakukanya (berusaha sehabis mungkin),maka doa itu adalah permohonan yang rasmi.Didalam doa itu dipandang sebagai seorang hamba kepada tuhanya.Seharusnya mengetahui bahawa terdapat malam-malam atau waktu-waktu utama untuk berdoa,satu waktunya adalah malam lailatul qadar.

Kepentingan berdoa di malam lailatul qadar membuatkan Rasulullah s.a.w mengajarkan cara dan bagaimana berdoa seperti mana di amalkan oleh ummul mukminin Aisyah r.anha yang mana tercatit dibawah:

Ada doa yang pernah diajarkan oleh Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam jikalau kita bertemu dengan malam kemuliaan tersebut yaitu doa: 

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni 
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku).

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ  قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى


Dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,iaitu jika saja ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, lantas apa doa yang mesti kuucapkan?” Jawab Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, kerananya maafkanlah aku).”[4] 


Hubungan Antara Hamba Dengan Tuhanya

Doa menunjukkan hubungan antara makhluk-Nya dengan Nya itu begitu rapat.Makhluk-Nya bergantung harap pada tuhanya.Dan doa itu menunjukan permohonan kepada tuhanya agar diberikan,dikurniakan sesuatu yang baik dunia akhirat kerana segala yang ditaqdirkan adalah atas kehendak Allah s.w.t.

Doa itu adalah perkara yang mendekatkan seseorang itu dengan Allah,dan Allah mendengar doa hamba-Nya (selagi mana doa itu tidak terkandung perkara yang mungkar atau mudarat atau perkara yang tidak layak dipohonkan atau dipohon secara berlebihan seperti memohon mahligai yang begitu begini didalam syurga,sedangkan Allah s.w.t lebih layak menentukan berapa kadar yang sesuai didalam syurga).

Dengan doa,ia dapat menenangkan hati dan perasaan.Dapat memberikan rasa pengharapan kepada Allah s.w.t.Oleh itu,mintalah perkara yang bersesuaian dengan kita seperti mana kita ketahui kita ini memiliki dosa,maka mintalah keampunan dan diberikan keredhaan dan seumpamanya.Allah s.w.t adalah Maha Pengampun (kecuali tertentu seperti syirik),maka memperbanyakan keampunan Allah s.w.t adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.Serta eloklah kiranya sentiasa mengingati Allah s.w.t disaat lapang dan disaat sempit,nescaya Allah s.w.t turut mengingati seseorang itu disaat ia lapang mahupun sempit.Allahualam.


Rujukan Dan Istilah

[1]Tartiib Musnad Imam asy-Syafie,permbahasan tentang solat,bab ke-16,"Doa"Hadits 500,juz 1,hlm 173.
[2]Tartiib Musnad Imam asy-Syafie,permbahasan tentang solat,bab ke-16,"Doa"Hadits 501,juz 1,hlm 174.
[Kitab al-Umm hlm 356-357]
[3]Tsiqah adalh orang yang terpercaya dalam meriwayatkan hadits,mestilah seorang yang islam,baligh,baik akhlaknya,turut katanya,miliki akal (berakal mampu membezakan haq dan dusta),kefahaman yang baik (sempurna) jujur,amanah,taqwa,hafalan yang baik,kuat ingatan,tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil,tidak mengalami ragu-ragu,dan lain-lain yang kesemuanya memiliki ciri-ciri seperti 'adalahsempurna dhabt dan itqan-nya'
[4]HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadits ini sahih). Hadits ini dibawakan oleh Imam Tirmidzi dalam bab “Keutamaan meminta maaf dan ampunan pada Allah”. Hadits di atas disebutkan pula oleh Ibnu Hajar dalam Bulughul Marom pada hadits no. 706.

Mengenali Fiqh al-Aulawiyyat

Mengenali Fiqh al-AulawiyyatSuatu cabang ilmu yang menitik beratkan keseimbangan kehidupan antara dunia dan akhirat.Dengan berpandukan suatu garis panduan seperti yang terkandung didalam Fiqh Al-Aulawiyat,maka keputusan dapat dijana dengan sangat seimbang bagi mengelakan mudarat serta kesan selepas itu.

Ia menjurus kepada pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan secara menyeluruh dengan mengambil kira keutamaan-keutamaan yang paling utama.Fiqh Al-Aulawiyat banyak menjelaskan kepada kita bagaimanakah sesuatu keputusan dibuat,dengan lebih teliti dan teratur.

Secara kasar atau olahanya adalah,Fiqh Al-Aulawiyat mewujudkan keseimbangan baik dari kehidupan,masyarakat,pengurusan,hinggalah kepada aspek sekecil-kecilnya,ia juga turut memberikan kaedah-kaedah penentuan yang sesuai setelah mengambil kira apakah yang paling utama dan terbaik untuk kehidupan ini.

Fiqh Al-Aulawiyat ini sebenarnya mengajar kita bagaimana menilai,menganalisis,selain membuat keputusan yang seimbang terhadap sesuatu perkara.

Dengan menilai sesuatu perkara,dan meneliti keutamaan yang diutamakan,dan mengimbangi yang mana satukah paling hampir,yang paling mudarat,dan seterusnya secara bertahap.Maka keputusan pun dibuat tidak bercanggah atau bertindih terhadap sesuatu perkara apabila keputusan dibuat.

Maka dalam kehidupan hari ini,dapat kita mengembalikan semula cabang-cabang ilmu yang semakin pudar.

Misalnya,ilmu fardhu ain adalah lebih utama berbanding ilmu fardhu kifayah.

Ini adalah asas-asas yang ada didalam fiqh al-aulawiyat itu sendiri.Yang wajid diutamakan berbanding yang sunat.Yang kurang mudarat diutamakan berbanding banyak mudaratnya jika pun kedua-dua keputusan diambil membawa kemudaratan maka yang paling ringan sekali itulah diambil kira (pandangan dan huraian secara kasar sahaja).

Selain mengelak kekeliruan dan permasalahan yang timbul,fiqh al-aulawiyat memberikan keseimbangan dalam kesemua aspek dalam kehidupan ini.

Meletakan sesuatu keputusan pada tempatnya haruslah adil,saksama dan mengikut syariat yang terkandung dalam islam.

Dengan harapan agar fiqh al-aulawiyat ini kembali kepada tempatnya,iaitu menjadi sumber pembelajaran dan rujukan kepada sebarang keputusan yang ingin diambil,maka fiqh al-aulawiyat memberikan kita panduan serta pertimbangan yang wajar agar keputusan yang diambil,dibuat sama ada menerusi musyawarah atau secara individu (untuk diri sendiri) sesuai diguna dan diterapkan dalam kehidupan seharian.

44344f
Kitab Fiqh Al-Aulawiyat adalah hasil karangan tokoh terkemuka islam iaitu Prof.Al-Syeikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi (Nama yang saya selalu panggil adalah Yusuf Qadawi kerana terlalu panjang untuk saya sebut).

Didalam kitab fiqh al-aulawiyat tersebut,menerangkan bahawa keutamaan yang perlu diutamakan,kemudian barulah yang lain-lain pula.Aulawiyat bermaksud keutamaan.

Misalnya yang wajib adalah utama,kemudian sunat,harus,makruh haram.perkara-perkara ini ditimbang tara agar tidak membawa mudarat terhadap sesuatu perkara.

Selain itu juga,aspek lain yang diambil kira adalah mudaratnya sesuatu perkara.Mudarat kecil dan mudarat besar.Sungguhpun kedua-duanya membawa mudarat,mudarat kecil berkemungkinan diambil terlebih dahulu dan diutamakan,dan mudarat besar itu diketepikan kerana jika diambil juga,jelas membawa mudarat yang lebih besar lagi.

Dan perkara kecil adalah tidak wajar diperbesarkan,dan perkara besar tidak diperkecilkan.Maka keputusan itu melain kesemua peringkat analisis dan timbang tara.

Dengan fiqh al-aulawiyat,sebarang keputusan diambil dapat menempatkan kedudukan yang adil dan berada ditempatnya.Iaitu keputusan dibuat adalah sesuai dengan perkara tersebut.

Jika kita mahu,maka bolehlah kita mengambil sedikit masa untuk mengenali apakah itu fiqh al-aulawiyat.Tentu selepas ini kita akan kurang menghadapi dilema dalam membuat keputusan.

Antara lain yang berkait dengan fiqh al-aulawiyat ini adalah mereka yang berkelayakan dalam membuat keputusan atau fiqh al-muaznah.

Tentang fiqh al-muaznah secara ringkasnya adalah mereka yang ada kelayakan,yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam dasar membuat keputusan.Kerana setiap keputusan harus berada dalam kedudukanya.Jadi mereka yang berkelayakan ini membuat keputusan dan timbang tara yang teliti berdasarkan apa yang terkandung dalam syariat islam itu sendiri.

Kedudukan Makmum Wanita


Solat Jemah Wanita Di Masjid
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa “beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan dari Anas, “Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil posisi tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah kanannya.”(al-Mughni, Ibnu Qudamah)
Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:
“Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Solat Jemah Wanita Di Masjid

Seorang Wanita Mengimamkan Jemaah Wanita


Kedudukan Imam Wanita Apabila seorang muslimah mengimamkan solat bagi sekumpulan wanita, dia hendaklah berdiri di tengah-tengah saf makmum yang pertama, dan bukannya di saf hadapan mereka. Ini adalah berdasarkan perbuatan Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah r.a. Raithah al-Hanafiyyah menyebut bahawa Aisyah r.a telah mengimami mereka dan berdiri di tengah saf mereka dalam sebuah solat fardhu. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi (3/131) dan Daruqutni (1/404). ‘Ammar al-Duhni pula diberitahu oleh Hujairah, iaitu seorang wanita dari kalangan kaumnya, bahawa Ummu Salamah r.a telah mengimamkan solat mereka dan beliau telah berdiri di tengah-tengah saf. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi (3/313), Abdul Razak (3/140) dan Daruqutni (1/405) serta dianggap sahih bersandarkan bukti-bukti. Para muslimah yang menjadi imam bagi jemaah wanita juga diharuskan untuk menyaringkan bacaan di dalam solat berjemaah seperti solat Maghrib, Isyak dan Subuh melainkan sekiranya terdapat lelaki yang bukan mahram bersama mereka.

Makmum Wanita


Kedudukan Makmum Wanita Sekiranya wanita mengikuti solat secara berjemaah bersama kaum lelaki, mereka hendaklah berdiri di belakang saf para lelaki. Anas bin Malik r.a berkata:"Saya pernah bersembahyang dengan seorang anak yatim di rumah kami di belakang Nabi s.a.w sebagai imam, sedangkan ibu saya iaitu Ummu Sulaim berdiri di belakang kami." H.R al-Bukhari (no. 727) dan Muslim (no. 658) Justeru itu, para muslimah hendaklah bersembahyang di belakang saf lelaki sekalipun wanita tersebut hanya seorang diri. Berlainan pula sekiranya wanita tersebut berdiri keseorangan di belakang saf wanita, maka hukumnya adalah makruh. (Raudhah al-Thalibin, Jld. 1, hlm. 463) Seterusnya, adalah tidak harus bagi seorang lelaki untuk solat berdua mengimami seorang wanita sahaja yang bukan mahramnya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak harus seorang lelaki menyendiri berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” H.R. Tirmizi (no. 1171) dan Ahmad (no. 178) dengan sanad yang sahih. Walau bagaimanapun seorang lelaki diharuskan mengimami sekumpulan wanita kerana perhimpunan mereka tidak dianggap khulwah atau bersunyi-sunyian. Namun para salaf juga mensyaratkan keharusan tersebut dengan aman daripada fitnah.


Seandainya seorang wanita solat sesama mereka sahaja tanpa seorang lelaki pun maka saf yang paling depan ialah yang terbaik, kemudian diikuti oleh saf-saf yang seterusnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya berselawat ke atas saf-saf yang hadapan." H.R. Abu Daud (no. 650), al-Nasa'ie (2/90) dengan sanad yang sahih. Walau bagaimanapun jika mereka sembahyang berjemaah di belakang saf para lelaki tanpa tabir pemisah, maka sebaik-baik saf ialah yang paling belakang dan seburuk-buruknya ialah yang paling hadapan. H.R Muslim (no. 440), Abu Daud (no. 678), Tirmizi (no. 224) dan  Ibn Majah (no. 1000). Imam Nawawi menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan saf yang paling buruk ialah yang paling sedikit fadhilatnya dan paling kurang menepati kehendak syarak. Ini adalah kerana wanita sentiasa dituntut untuk menjauhkan diri daripada percampuran dengan kaum lelaki yang bukan mahram melainkan atas sebab yang darurat atau diharuskan oleh syarak. Justeru itu, dalam keadaan masjid di negera kita yang sudah diletakkan tabirnya, maka tempat yang terbaik bagi wanita ialah pada saf yang paling hadapan kerana sudah terpisah daripada pandangan lelaki.



Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah Atau Di Masjid?


Nabi SAW bersabda maksudnya, "Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (HR Ahmad dan Abu Daud)
Berdasarkan hadis ini, kita dapat fahami bahawa antara faktor mengapa Nabi SAW lebih menggalakkan kaum hawa untuk solat di rumah adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya fitnah, godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki seperti memakai perhiasan, tabarruj, memakai wangi-wangian, berpakaian seksi dan ikhtilat (pergaulan bebas) di rumah Allah..



"إذا انعدمت العلة انعدمت الحكم"

'Apabila hilang / tiadanya sebab, maka hilang /tiadalah hukum.'
Jadi, sekiranya seseorang muslimah itu terhindar dari segala perkara di atas, maka adalah lebih baik untuk dia ke masjid kerana berdasarkan kaedah fiqh di atas, apabila tiadanya faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih baik solat di rumah, maka terhapuslah hukum (solat di rumah lebih baik), justeru solatnya di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah..
Berkata Al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya 'Al-Muhalla' : “Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik. Hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja..."
Tiada Larangan untuk Ke Masjid Sabda Rasulullah S.A.W.: "Janganlah kalian melarang hamba-hamba wanita Allah untuk ke masjid-masjid Allah"{HR Bukhari: no 858 dan Muslim: no 442}
Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.."
Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid.. Sedangkan pada zaman Rasulullah, para sahabiah dan Ummul Mukminin (isteri-isteri Nabi) sangat rindu dan ghairah untuk ke masjid, bahkan ada sebuah hadis yang menunjukkan isteri Rasulullah sering ke masjid, Sayyidah Zainab r.a, salah seorang isteri nabi pernah mengikat seutas tali di antara dua tiang di masjid : Anas bin Malik r.a.
meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Baginda melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya.
Rasulullah SAW . bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)
Subhanallah, kita lihat bagaimana Ummul Mukminin yang begitu erat terpaut dengan rumah Allah.. Tidak inginkah kita untuk mencontohi mereka? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebaik-baik muslimah di sisiNya?



Soalan Kemuskilan Lain-lain Tentang Solat Melibatkan Wanita


ADAKAH ISTERI SUNAT MELAUNGKAN IQAMAH KETIKA SOLAT BERSAMA SUAMI?


Soalan; Assalamualaikum ustaz...sunat tak seorg isteri iqamah masa dia solatjemaah dgn suami dia di rumah mcm sunat bagi wanita iqamah kalau mereka solat sesama jemaah wanita? jawapan ustaz sy ucapkan ribuan terima kasih.
Jawapan;
Tidak disunatkan kepada isteri melaungkan iqamah, akan tetapi suamilah yang sunat melaungkannya. Wanita hanya disunatkan melaungkan iqamah jika ia mengerjakan solat sendirian atau sesama wanita (tanpa kehadiran lelaki). Adapun azan, tidak sunat wanita melaungkannya walaupun solat sesama wanita. Jadi, yang disunatkan hanya iqamah sahaja.

Rujukan;
Al-Masu'ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 6/9.
'Umdatu as-Salik, Ibnu an-Naqib, hlm. 38.
Syarah Muqaddimah al-Khadhramiyah, 1/184.
http://path2wardstafaqquh.blogspot.my/2013/07/kedudukan-wanita-dalam-solat-berjemaah.html
http://cikgujawi.blogspot.my/p/kedudukan-solat-jemaah_25.html

Kalendar Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 1438H Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya Jun

Kalendar Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 1438H Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.Kalendar dan jadual berikut disediakan oleh JAKIM.Diharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat muslimin dan muslimat. Kalendar adalah bermula pada 1 jun 2017 sehingga 30 jun 2017 bersamaan 1438 Hijrah.Dan selamat menyambut ramadhan al-Mubarak.Semoga meraih keberkatan dan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Dan juga tarikh hari aidilfitri**


Tarikh Hari
Imsak
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
01 Jun Khamis 5:29 5:39 7:02 13:14 16:39 19:22 20:37
02 Jun Jumaat 5:29 5:39 7:02 13:14 16:39 19:23 20:38
03 Jun Sabtu 5:29 5:39 7:02 13:14 16:39 19:23 20:38
04 Jun Ahad 5:30 5:40 7:02 13:14 16:39 19:23 20:38
05 Jun Isnin 5:30 5:40 7:02 13:15 16:40 19:23 20:38
06 Jun Selasa 5:30 5:40 7:02 13:15 16:40 19:23 20:39
07 Jun Rabu 5:30 5:40 7:02 13:15 16:40 19:24 20:39
08 Jun Khamis 5:30 5:40 7:02 13:15 16:40 19:24 20:39
09 Jun Jumaat 5:30 5:40 7:03 13:15 16:41 19:24 20:40
10 Jun Sabtu 5:30 5:40 7:03 13:15 16:41 19:24 20:40
11 Jun Ahad 5:30 5:40 7:03 13:16 16:41 19:25 20:40
12 Jun Isnin 5:30 5:40 7:03 13:16 16:42 19:25 20:40
13 Jun Selasa 5:30 5:40 7:03 13:16 16:42 19:25 20:41
14 Jun Rabu 5:31 5:41 7:04 13:16 16:42 19:25 20:41
15 Jun Khamis 5:31 5:41 7:04 13:16 16:42 19:25 20:41
16 Jun Jumaat 5:31 5:41 7:04 13:17 16:42 19:26 20:41
17 Jun Sabtu 5:31 5:41 7:04 13:17 16:43 19:26 20:42
18 Jun Ahad 5:31 5:41 7:04 13:17 16:43 19:26 20:42
19 Jun Isnin 5:32 5:42 7:05 13:17 16:43 19:26 20:42
20 Jun Selasa 5:32 5:42 7:05 13:18 16:43 19:27 20:42
21 Jun Rabu 5:32 5:42 7:05 13:18 16:44 19:27 20:43
22 Jun Khamis 5:32 5:42 7:05 13:18 16:44 19:27 20:43
23 Jun Jumaat 5:32 5:42 7:05 13:18 16:44 19:27 20:43
24 Jun Sabtu 5:33 5:43 7:06 13:18 16:44 19:27 20:43
25 Jun (1 Syawal)** Ahad 5:33 5:43 7:06 13:19 16:44 19:28 20:43
26 Jun Isnin 5:33 5:43 7:06 13:19 16:45 19:28 20:44
27 Jun Selasa 5:33 5:43 7:06 13:19 16:45 19:28 20:44
28 Jun Rabu 5:34 5:44 7:07 13:19 16:45 19:28 20:44
29 Jun Khamis 5:34 5:44 7:07 13:19 16:45 19:28 20:44
30 Jun Jumaat 5:34 5:44 7:07 13:20 16:45 19:29 20:44





Mei Jun
*Tertakluk kepada pengistiharaan dari penyimpan mohor besar raja-raja melayu **Tertakluk kepada pengistiharaan dari penyimpan mohor besar raja-raja melayu
Back To Top