Maklumat dan info waktu solat di malaysia

Bolehkah Memakai Wangin Ketika Sedang Ihram?


Larangan Ketika Berihram Haji
Larangan setelah berihram ketika haji adalah suatu kewajipan juga sebagai manasik haji yang perlu dipatuhi oleh semua jemaah haji denganya dapat menyempurnakan perintah Allah s.w.t.Adapun bagi yang melanggar larangan ketika sedang ihram itu,akan dikenakan dam atau denda sebagai kafarah atau penebus bagi kesalahan tersebut.

Contoh perintah larangan dilakukan saat berihram adalah daripada firman Allah s.w.t:

Mencukur rambut, dengan dalil firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَلاَ تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةُُ مِّنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ


“Dan jangan kamu mencukur kepalamu sebelum korban sampai ke tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka wajib atasnya membayar fidyah,iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.” [al Baqarah/2:196]

Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Ka’ab bin Ujrah, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:

كَانَ بِيْ أَذَى مِنْ رَأْسِيْْْْ فَحُمِلْتُ إِلَى النَّبِيْ وَ اْلقُمَلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِيْ فَقَالَ مَا كُنْتُ أَرَى أَنَّ الْجَهْدَ قَدْ بَلَغَ مِنْكَ مَا أَرَى أَتَجِدُ شَاةً ؟ قُلْتُ لاَ فَنَزَلَتْ هَذِهِ الأَيَةُ.

“Aku mendapatkan gangguan di kepalaku, lalu aku dibawa ke Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan kutu-kutu bertebaran di wajahku, lalu beliau berkata: “Tidak ku-sangka begitu parah apa yang telah menimpamu, apakah kamu mampu mendapatkan kambing? Aku menjawab :”Tidak”, maka turunlah ayat tersebut [al Baqarah:196]”.

Terdapat beberapa senarai pembahagian larangan dilakukan saat berihram lainya yang diperjelaskan secara ringkas seperti dibawah.Berikut beberapa larangan ihram yang boleh di berikan tumpuan oleh bakal-bakal haji inn syaAllah.

Pembahagian Larangan Ihram itu antaranya adalah:



Pakaian


  • Ketika sedang ihram,jemaah haji selagi dilarang  memakai pakaian berjahit (lelaki)
  • Ketika sedang dalam ihram,jemaah haji lelaki Tidak boleh menutup kepala (walaupun sekadar meletak sehelai kain atau kertas atau apapun yang dijadikan penutup kepala di agar boleh menutup kepala tanpa keperluan mendesak atau hal mustahak.
Walaubagaimanapun terdapat keharusan menggunakan kaedah ini yang tidak dikenakan dam antaranya adalah:
  • Berteduh dibawah pokok
  • Menggunakan payung
  • Berteduh dibawah khemah
  • Bagi jemaah haji wanita,larangan menutup muka
  • Tidak boleh memakai sarung tangan bagi jemaah haji lelaki mahupun wanita (kecuali memiliki keperluan bahawa sarung tangan itu amat mustahak baginya seperti penyakit pada tangan memelukan ia menutup atau bersarung tangan atau apa-apa keperluan yang dinilai amat penting.Walaubagaimanapun,jemaah lelaki mahupun wanita tidak dikira salah andai menyembunyikan tanganya disebalik tudung,skaf,atau kain ihram.


Kecantikan 
(lelaki dan wanita)


  • Tidak boleh memakai wangi-wangian
  • Tidak boleh menyapu minyak
  • Tidak boleh menanggalkan rambut atau mencukur rambut atau mencabut rambut
  • Tidak boleh memotong kuku


Alam sekitar 
(Etika Adab)


  • Tidak boleh memburu binatang buruan
  • Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan


Hubungan


  • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
  • Mukadimah persetubuhan (Bercumbuan suami isteri)
  • Persetubuhan suami isteri


Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji.....” (Al-Baqarah:197)

Mengambil falsafah daripada firman Allah SWT itu, haji adalah satu madrasah untuk mentarbiahkan manusia dengan menahan diri daripada dorongan kebiasaan dan hawa nafsu. Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi memerlukan satu komitmen untuk mematuhi tata cara manasik haji. Ia juga memerlukan pengorbanan keselesaan yang bukan sedikit. Ini bertepatan dengan mafhum hadis bahawa “haji itu adalah jihad” iaitu dengan melawan hawa nafsu.

Terdapat beberapa 5 jenis kesalahan yang sering dilakukan jemaah haji sama ada secara sengaja atau secara tidak sengaja telah melakukan perkara larangan ihram tersebut.Misalnya adalah:

 Memakai bau-bauan atau minyak
 Memotong tiga kuku atau menanggalkan tiga helai rambut
 Memakai pakaian bercantum
 Menutup kepala bagi lelaki
 Menutup muka bagi wanita


Adapun bagi jenis-jenis dam atau denda atau sebutan lainya adalah kafarah,terdapat jenis-jenis dan kaedah membayarnya.Kebanyakan 5 bagi kesalahan di atas dikenakan dam takhyir taqdir.

Sila ikuti huraian ringkas Cara Membayar Dam Takhyir Taqdir 

Mengapakah orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan Dam ?

BAYAN AL-HAJ #18: HAJI TAMATTU’ DAN SYARAT DAM

BAYAN AL-HAJ #18: HAJI TAMATTU’ DAN SYARAT DAM



SOALAN
Mengapakah orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan Dam dan apakah syarat-syarat dikenakan Dam bagi orang yang mengerjakan Haji Tamattu’?

JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Dalam ibadah haji yang kita laksanakan, terdapat peraturan-peraturan yang kita perlu penuhi dan larangan-larangan yang wajib kita jauhi dalam usaha bagi mendapatkan kesempurnaan ibadah haji tersebut. 
Firman Allah SWT:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah, maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah didapati, dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadah Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kembali (ke tempat masing-masing). Semuanya itu adalah sepuluh (hari) yang cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksa-Nya (terhadap orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”(Surah al-Baqarah: 196)

Merujuk kepada persoalan di atas, orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ dikenakan dam kerana dia mengerjakan Umrah dan Haji dalam bulan-bulan Haji pada tahun yang sama. Dikatakan juga kerana ia bertamattu’ (bersedap-sedap dengan menanggalkan Ihram setelah berihram) dalam bulan-bulan Haji dan tidak keluar ke Miqatnya atau ke suatu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 2 marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat Ihram Haji.
Manakala syarat-syarat dikenakan dam bagi orang yang mengerjakan Haji Tamattu’ adalah seperti berikut:

1. Dia bukan daripada penduduk Mekah.
2. Dia tinggal di tempat yang jauhnya dua marhalah atau lebih dari Tanah Haram.
3. Dia mengerjakan Haji dan Umrah dalam bulan-bulan Haji pada tahun yang sama.
4. Dia tidak berniat ihram Haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan Haji.
5. Dia tidak berniat Ihram Haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram.

KESIMPULAN
Kami ingin menasihati mereka yang mengerjakan haji agar mengerjakannya dengan sebaik-baiknya agar ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT. Bagi mereka yang perlu membayar dam, maka langsaikanlah ia mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. 
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.
Wallahua’lam

Pautan ke laman web rasmi PMWP: https://goo.gl/jQ4nG2

Huraian dipetik dari pada Page Fb Mufti Wilayah Persekutuan pada siri Bayan al-Haj #18.

Apa Itu Haji Qiran

Melaksanakan Haji QiranQiran bererti mengumpul dua perkara. Dari istilah syarak pula menggabungkan antara ihram haji dan ihram umrah dalam satu perjalanan.


Dalam urutan haji yang paling afdal adalah haji ifrad,haji tamatu,kemudian haji qiran.[1]

Bagi yang melaknsanakan haji tamatu dan haji qiran,hendaklah wajib fidyah ataupun membayar dam.

Melaksanakan Haji Qiran

Ia berlaku dengan seseorang itu berniat untuk umrah dan haji sekaligus di miqat, sama ada ia secara hakiki iaitu dengan niat yang merangkumi kedua ibadah tersebut, ataupun secara hukmi seperti pendapat ulama Hanafi dengan cara berihram umrah sahaja dahulu kemudian sebelum dia melakukan tawafnya separuh atau lebih, ia berniat pula untuk melakukan haji. Bentuk ini tidak ada dalam pendapat ulama lain.

Bagi ulama Hanafi, dengan melakukan demikian, penggabungan itu telah terlaksana. Ini kerana sebahagian besar daripada amalan bagi ibadah berkenaan telah ada.

Bagi ulama jumhur pula seorang itu sah melakukan qiran dengan cara sebaliknya, iaitu berihram untuk ibadah haji dahulu kemudian menggabungkan umrah dengannya. Cara ini dianggap makruh oleh ulama Hanafi.

Mengikut jumhur, jika hendak digabungkan haji kepada umrah, maka hendaklah dilakukan sebelum seseorang itu memulakan tawaf umrahnya.

Sekiranya pekerjaan tawafnya telah bermula, walaupun selangkah maka tidak lagi harus digabungkan haji dengannya.

Fiqh Haji


Dinyatakan di sini beberapa permasalahan fiqh berkenaan dengan ibadat haji:

Pertama: Bila seorang bakal haji mahu meninggalkan Mekah dia hendaklah tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Semasa melakukan tawaf ini, tarammul tidak perlu dilakukan.

Tawaf ini disebut juga sebagai Tawaf Wida' atau Tawaf Sadr. Hukum tawaf ini mengikut ulama jumhur, selain kalangan Maliki adalah wajib kecuali bagi ahli Mekah.

Kedua: Jika seseorang wanita itu didatangi haid semasa mahu berihram, maka dia hendaklah mandi dan berihram. Jika kedatangan haidnya selepas melakukan wuquf di Arafah dan Tawaf rukun, maka dia hendaklah terus meninggalkan Mekah.

Dia tidak dikenakan apa-apa disebabkan tidak melakukan Tawaf Wida'. Inilah pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili.

Ketiga: Mengikut ulama Hanafi, sekiranya orang melakukan haji tamattu' itu membawa binatang dam, maka kedudukan haji yang dilakukan adalah sama dengan Haji Qiran, sebagaimana yang telah dijelaskan.

Seseorang itu tidak bertahallul seperti yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara tamattu', bahkan dia akan terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah ia menyembelih binatang dam pada Hari Nahar.

Keempat: Mengikut pendapat jumhur ulama, menyembelih binatang dam, sama ada berupa kambing, lembu, unta, atau 1/7 daripada seekor unta wajib dilakukan pada Hari Nahar dan di Mina selepas melakukan lontaran Jamrah Aqabah, iaitu pada hari raya sebelum melakukan amalan bercukur.

Alasan pendapat ini ialah, Rasulullah s.a.w sendiri menyembelih binatang damnya dengan cara ini.

Ulama Syafie pula mengatakan, sebaiknya sembelihan ini hendaklah dilakukan pada Hari Nahar kerana mengikut apa yang Rasulullah s.a.w lakukan di samping mengelakkan daripada khilaf yang ada di kalangan ulama.

Kelima: Menurut mazhab Syafie, ibadah haji yang disuruh oleh syarak pada asalnya adalah secara Ifrad. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi seseorang itu berihram secara tamattu' atau Qiran dengan syarat dia hendaklah membayar fidyah, iaitu menyembelih seekor kambing yang layak untuk sembelihan qurban.

Jika kambing atau nilainya tidak diperolehi, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke tanah air.

Semoga kita mendapat haji yang mabrur dan melayakkan untuk menjadi hamba Allah SWT yang mentaati dan mematuhi-Nya. Amin.



[1]Kitab Safinatun Najah hlm62 bab haji Syaikh Salim Bin Sumair al-Hadrami
Rujukan dari wannursyarifah.blogspot.com
Back To Top