Maklumat dan info waktu solat di malaysia

Apa Itu Haji Qiran

Melaksanakan Haji QiranQiran bererti mengumpul dua perkara. Dari istilah syarak pula menggabungkan antara ihram haji dan ihram umrah dalam satu perjalanan.


Dalam urutan haji yang paling afdal adalah haji ifrad,haji tamatu,kemudian haji qiran.[1]

Bagi yang melaknsanakan haji tamatu dan haji qiran,hendaklah wajib fidyah ataupun membayar dam.

Melaksanakan Haji Qiran

Ia berlaku dengan seseorang itu berniat untuk umrah dan haji sekaligus di miqat, sama ada ia secara hakiki iaitu dengan niat yang merangkumi kedua ibadah tersebut, ataupun secara hukmi seperti pendapat ulama Hanafi dengan cara berihram umrah sahaja dahulu kemudian sebelum dia melakukan tawafnya separuh atau lebih, ia berniat pula untuk melakukan haji. Bentuk ini tidak ada dalam pendapat ulama lain.

Bagi ulama Hanafi, dengan melakukan demikian, penggabungan itu telah terlaksana. Ini kerana sebahagian besar daripada amalan bagi ibadah berkenaan telah ada.

Bagi ulama jumhur pula seorang itu sah melakukan qiran dengan cara sebaliknya, iaitu berihram untuk ibadah haji dahulu kemudian menggabungkan umrah dengannya. Cara ini dianggap makruh oleh ulama Hanafi.

Mengikut jumhur, jika hendak digabungkan haji kepada umrah, maka hendaklah dilakukan sebelum seseorang itu memulakan tawaf umrahnya.

Sekiranya pekerjaan tawafnya telah bermula, walaupun selangkah maka tidak lagi harus digabungkan haji dengannya.

Fiqh Haji


Dinyatakan di sini beberapa permasalahan fiqh berkenaan dengan ibadat haji:

Pertama: Bila seorang bakal haji mahu meninggalkan Mekah dia hendaklah tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Semasa melakukan tawaf ini, tarammul tidak perlu dilakukan.

Tawaf ini disebut juga sebagai Tawaf Wida' atau Tawaf Sadr. Hukum tawaf ini mengikut ulama jumhur, selain kalangan Maliki adalah wajib kecuali bagi ahli Mekah.

Kedua: Jika seseorang wanita itu didatangi haid semasa mahu berihram, maka dia hendaklah mandi dan berihram. Jika kedatangan haidnya selepas melakukan wuquf di Arafah dan Tawaf rukun, maka dia hendaklah terus meninggalkan Mekah.

Dia tidak dikenakan apa-apa disebabkan tidak melakukan Tawaf Wida'. Inilah pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaili.

Ketiga: Mengikut ulama Hanafi, sekiranya orang melakukan haji tamattu' itu membawa binatang dam, maka kedudukan haji yang dilakukan adalah sama dengan Haji Qiran, sebagaimana yang telah dijelaskan.

Seseorang itu tidak bertahallul seperti yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara tamattu', bahkan dia akan terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah ia menyembelih binatang dam pada Hari Nahar.

Keempat: Mengikut pendapat jumhur ulama, menyembelih binatang dam, sama ada berupa kambing, lembu, unta, atau 1/7 daripada seekor unta wajib dilakukan pada Hari Nahar dan di Mina selepas melakukan lontaran Jamrah Aqabah, iaitu pada hari raya sebelum melakukan amalan bercukur.

Alasan pendapat ini ialah, Rasulullah s.a.w sendiri menyembelih binatang damnya dengan cara ini.

Ulama Syafie pula mengatakan, sebaiknya sembelihan ini hendaklah dilakukan pada Hari Nahar kerana mengikut apa yang Rasulullah s.a.w lakukan di samping mengelakkan daripada khilaf yang ada di kalangan ulama.

Kelima: Menurut mazhab Syafie, ibadah haji yang disuruh oleh syarak pada asalnya adalah secara Ifrad. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi seseorang itu berihram secara tamattu' atau Qiran dengan syarat dia hendaklah membayar fidyah, iaitu menyembelih seekor kambing yang layak untuk sembelihan qurban.

Jika kambing atau nilainya tidak diperolehi, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke tanah air.

Semoga kita mendapat haji yang mabrur dan melayakkan untuk menjadi hamba Allah SWT yang mentaati dan mematuhi-Nya. Amin.



[1]Kitab Safinatun Najah hlm62 bab haji Syaikh Salim Bin Sumair al-Hadrami
Rujukan dari wannursyarifah.blogspot.com

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Solat Semasa Atas Kapal Terbang

Tentu diantara kita ada menaiki pengangkutan udara seperti kapal terbang untuk tujuan perniagaan ditempat lain atau urusan peribadi lain atau bermusafir.Maka bagaimanakah cara solat dan jenis-jenisnya agar bertepatan dengan tujuan berpergian kita.

SOALAN: Saya sering bermusafir ke luar negara sama ada atas sebab kerja mahupun melancong. Bolehkah ustaz terangkan cara yang benar untuk solat di dalam kapal terbang? Tentang perihal menghadap kiblat dan berdiri di dalamnya? 
  
JAWAPAN: Solat wajib didirikan bagi setiap Muslim walau dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali dengan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Bagi seorang musafir dia boleh menunaikan solat jamak dan qasar sebelum dia berlepas. Namun sekiranya belum masuk waktu ketika dia ingin berlepas maka dia boleh menjamakkan solatnya pada waktu solat kedua yang sering kita istilahkan sebagai jamak ta’khir. Adapun jika ketika dia berlepas masih belum masuk waktu zohor misalnya dan kemudian  jarak tempoh masa penerbangannya  tiba akan melebihi waktu solat asar iaitu maghrib atau isyak. Maka dia perlu menganggarkan waktu (zohor atau asar) dan perlu melakukan solat jamak di dalam kapal terbang tersebut. 

Walaubagaimanapun jika dia berlepas sebelum maghrib dan dijangka tiba dalam waktu isyak maka dia boleh menunaikan solat secara jamak takhir iaitu setelah tiba di destinasi. Adapun pada solat subuh dia perlu solat seperti biasa kerana ia tidak termasuk dalam solat yang boleh dijamakkan. Bagaimana pula ingin mendirikannya? Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang boleh digunakan untuk mendirikan solat di dalam kapal terbang, bas, perahu, kapal selam, kapal laut, kapal angkasa dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Jabir r.a  bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke arah timur. Apabila hendak mengerjakan solat (wajib) Baginda turun dari tunggangannya dan solat menghadap ke arah kiblat.
Mengenai persoalan menghadap kiblat, terdapat dua pandangan penting. 

Pertama : Sekiranya mampu untuk menghadap kiblat  sebagai contoh ada tempat yang luas untuk melakukan solat secara sempurna maka wajib untuk menghadap kiblat.

Kedua : Jika tidak mampu untuk menghadap kiblat kerana tempat yang terlalu sempit maka gugur tuntutan menghadap kiblat dan dibolehkan untuk menghadap arah perjalanan kenderaan. 

Terakhirnya, adakah boleh solat dalam keadaan tidak berdiri? Umumnya adalah wajib untuk berdiri namun jika tidak mampu maka dibolehkan untuk dia bersolat dalam keadaan yang semampunya dia lakukan. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w  : “Solatlah kamu dengan berdiri, jika kamu tidak mampu maka solatlah dengan duduk, jika kamu tidak mampu maka berbaringlah dengan mengiring.” (Riwayat Bukhari, Taqsir al-Solah no. 1117)


Allahualam


Rujukan:Artikel dari http://majalah-i.karangkraf.com/fardhu-ain/solat-dalam-kapal-terbang-1.404888

Melakukan Sujud Syukur

Melakukan Sujud Syukur


Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. 

Melakukan Sujud Syukur

Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:


a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
.

 Syarat Sujud Syukur

Berwuduk
Berdiri menghadap kiblat.
Berniat. “Daku bersujud syukur kerana Allah Ta’ala”.
Takbiratul-ihram.
Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
Dengan sekali sujud sahaja.
Bertakbir seiring bangun dari sujud.
Memberi salam.

Bacan Sujud Syukur

:سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.”
Ertinya : ”Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah TuhaNku yang sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari seksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang.”

 Syarat Syukur

Mengakui nikmat itu dengan hati.
Mengucapkan secara lisan “Alhamdulillah”.
Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.

Hal Mengenai Sebab Sujud Syukur

Adapun hal-hal yang menyebabkan sujud syukur adalah seperti berikut:
1. Kenikmatan yang didapatkan semisal selamat dari musibah tersebut, tidak ia dapatkan atau jumpai. Apabila nikmat tersebut selalu dia jalani maka tidak disunnahkan Sujud Syukur, kerana akan menjadikan dia mendapatkan tuntutan sujud sepanjang usia. Contoh ; Nikmat beragama Islam, kaya atau sehat.
2. Nikmat tersebut merupakan hal yang nampak. Apabila tidak nampak, maka tidak disunnahkan melakukan Sujud Syukur. Contoh ; Ma'rifat pada Allah, tidak diketahui kesalahannya dan sebagainya.
3. Kenikmatan tersebut halal ia peroleh. Oleh kerana itu, menang judi atau seumpamanya, tidak disunnahkan melakukan Sujud Syukur.


WAKTU PELAKSANAAN SUJUD SYUKUR


Dari keterangan diatas dapat diketahui bahwa waktu pelaksanaan sujud syukur itu tidak tertentu, asal tidak dikerjakan saat solat. Apabila dikerjakan saat solat, maka solatnya batal. Secara lanjut sujud syukur dilakukan pada saat dibawah ini :

1. Mendapatkan kenikmatan, baik baginya, atau anaknya, atau orang mukmin secara keseluruhan. Contoh ; Lahirnya anak, mendapatkan hadiah, jabatan baru, datangnya orang yang lama dinanti, sembuh dari penyakit, dll.
2.  Terhindar dari mara bahaya atau musibah, seperti ; Selamat dari kebakaran, tenggelam atau mendapatkan pertolongan dari aniaya musuh. 
3. Melihat orang yang terkena cubaan mahupun musibah secara fizikal atau mental.
4. Melihat orang melakukan kemaksiatan secara terang-terangan meskipun bukan dosa besar.

Adapun tujuan dari dianjurkannya melakukan sujud syukur adalah sebagai wujud rasa syukur atas nik'mat yang diberikan Allah, baik nikmat jasmani atau rohani. Sedangkan tujuan disunnahkannya sujud ketika melihat orang yang terkena cubaan atau melakukan maksiat adalah sebagai bentuk rasa syukur terhadap Allah yang telah mentakdirkannya tidak melakukan maksiat seperti yang dia lihat yang merupakan suatu musibah besar dalam agama, dan mudharat atau petakanya lebih besar. Sujud disini sunnah diperlihatkan (dihadapan) pada pelaku maksiat tersebut, dengan harapan agar pelaku tersebut tersentuh nuraninya sehingga mahu atau timbul rasa keinginan untuk bertaubat.

Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang


Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang

Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan Sedang Berkumandang

Assalamualaikum S.S Datuk, apakah hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang dikumandangkan ?


Jawapan:



Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, ahli keluarga, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat. Amma Ba’du.



Dalam menjawab persoalan ini, kami bahagikannya terlebih dahulu kepada beberapa bahagian:



Hukum Mengambil Wudhuk Sebelum Dan Selepas Azan.




Para Ulama apabila menyebutkan berkenaan beberapa keadaan yang mana perbuatan sunat itu lebih afdhal berbanding perbuatan wajib mereka menyebutkan berkenaan hukum wudhuk sebelum dan selepas azan. Mereka mengatakan bahawa hukum mengambil wudhuk sebelum azan adalah Sunat. Manakala hukum mengambil wudhuk selepas azan adalah Wajib.



Kata al-Imam Ibn al-Subki Rahimahullah:



Berwudhuk sebelum masuk waktu itu adalah sunat dan ia lebih afdhal berbanding (berwudhuk) setelah masuknya waktu. Inilah pendapat yang dijelaskan oleh al-Qammuli dalam al-Jawahir dan sesungguhnya berwudhuk itu wajib setelah masuknya waktu solat. Lihat Al-Asybaah wal-Nazhair, al-Suyuthi (1/272).



Hukum Menjawab Seruan Azan




Perintah menjawab azan yang dikumandangkan dengan cara mengulangi apa yang telah disebutkan oleh muazzin adalah berdasarkan sebuah hadis yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:



إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ



Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.



Riwayat Muslim (383).



Berdasarkan hadis di atas, sebahagian para fuqaha mengatakan bahawa hukum menjawab azan adalah wajib. Ini kerana, di sana terdapat kata perintah dari Rasulullah S.A.W iaitu: “Maka ucapkanlah”. Ayat perintah ini kata mereka menunjukkan kepada wajib.



Manakala majoriti fuqaha berpendapat, hukum menjawab azan adalah sunnah mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Mereka berdalilkan dengan sebuah hadis yang sahih daripada Anas bin Malik R.anhu beliau berkata:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُغِيرُ إِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ وَكَانَ يَسْتَمِعُ الأَذَانَ فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا أَمْسَكَ وَإِلاَّ أَغَارَ فَسَمِعَ رَجُلاً يَقُولُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " عَلَى الْفِطْرَةِ " . ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " خَرَجْتَ مِنَ النَّارِ



Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah menyerang musuh apabila terbitnya fajar dan baginda meneliti untuk mendengar seruan azan. Sekiranya baginda mendengar azan baginda berhenti sebentar dan jika tidak baginda teruskan menyerang. Maka baginda mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Allahu Akbar Allahu Akbar”. Maka Rasulullah S.A.W mengatakan: “(Dia) berada di atas fitrah”. Kemudian lelaki itu mengatakan: “Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang selain Allah”. Maka baginda mengatakan: “Kau telah keluar daripada neraka”.



Riwayat Muslim (382)



Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W apabila mendengar azan baginda tidak mengikut atau mengulangi ucapan azan sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin. Ini menunjukkan bahawasanya hukum menjawab atau mengulangi azan adalah sunat sahaja di sisi majoriti fuqaha.



Hukum Mengambil Wudhuk Ketika Azan




Wudhu’ semasa azan dikumandangkan adalah harus hukumnya dan tidak terdapat larangan dari sudut syarak. Akan tetapi, dikehendaki bagi orang yang berwudhuk untuk berusaha menjawab azan selepas diucapkan oleh muazzin berdasarkan sabda Nabi S.A.W:



إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ



Maksudnya: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sama seperti yang muazzin katakan.



Riwayat Muslim (383).



Khatimah



Akhir kalam, kami berpendapat bahawasanya hukum mengambil wudhuk ketika azan sedang berkumandang adalah dibolehkan. Walaupun begitu, adalah lebih baik untuk kita bersiap sedia mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum azan dikumandangkan kerana itu lebih afdhal. Mengambil wudhuk sebelum azan juga memberikan ruang kepada kita menjawab laungan azan sebaik sahaja ia dikumandangkan. Maka dengan ini, kita akan mendapat ganjaran dan fadhilat yang lebih banyak di sisi Allah S.W.T. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman kepada kita semua. Ameen.



Akhukum Fillah



S.S. DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI



MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


1 JUN 2016 BERSAMAAN 25 SYA’BAN

Back To Top