Ketika saat ihram,adakah boleh membunuh haiwan seperti kala jengking,ular dan haiwan yang berbahaya lebih-lebih lagi ketika di tanah haram dan dalam ihram?
Bagi meneliti perkara ini,merujuk hadits-hadits Rasulullah s.a.w dari perbagai riwayat,terdapat beberapa anjuran oleh Rasulullah s.a.w dalam menghuraikan kemuskilan tersebut.Hal ini adalah syariat Islam dibangun di atas jalbul mashâlih (menciptakan atau mendatangkan kemaslahatan) dan dar`ul mafâsid (menghapus semua bahaya dan kerosakan). Semua yang merosak dan mengganggu boleh dihilangkan sesuai dengan tingkatan kerosakan dan gangguan yang timbul. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh memberi bahaya [HR Ibnu Majah dIrwa’ al-ghalil no. 896].
Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Lima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing yang buas atau serigala, dan helang”. (Hadis Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).
Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan. Jika gunakan gam pelekat bila melekat saja di gam tersebut buat pukulan sekali pukul saja sehingga mati. Jika gunakan perangkap tikus keluarkan di kawasan lapang jika tikus keluar saja terus berikan pukulan maut (semakin banyak pukulan,semakin terseksa haiwan tersebut sekiranya pukul tersebut tidak mendatangkan kematian).
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan (memilih cara yang lembut dan terbaik)”. (Hadis Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).
Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.Inilah cara islam dalam menerapkan kehidupan sebagaimana Allah s.w.t telah ajarkan tertib dan adab ketika berhadapan dengan makhluknya sekalipun terpaksa membunuh haiwan itu,namun dengan cara yang berakhlak.Wallahu a’lam.
Didalam hadits lain pula,turut tersenarai sebagai haiwan yang boleh dibunuh termasuk di tanah haram adalah kala jengking:
Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Lima haiwan jahat, yang boleh dibunuh di tanah Haram: Gagak, dan rajawali, dan anjing galak, dan kalajengking, dan tikus." (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Abbaas Radhiyallahu Anhu, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam mencegah dari membunuh empat haiwan: Semut, lebah, burung hud-hud, dan burung Shurad." (HR. Abu Dawuud: 2490)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahukan bahawa sifat pengganggu melekat pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam bahasa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam , binatang-binatang pengganggu itu disebut fawâsiq . Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengizinkan untuk membunuhnya. Demikian juga serangga-serangga, diperbolehkan membunuhnya di tanah suci dan luar tanah suci apabila binatang-binatang tersebut menimbulkan gangguan, seperti semut, kecoa (lipas), nyamuk dan haiwan lain menimbulkan gangguan.[Majmû’ Fatâwa wa Maqâlât Mutanawwi’ah 5/301-302]
Dari ‘Aisyah radhiallahu anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ada lima jenis haiwan fasiq (berbahaya) yang boleh dibunuh ketika sedang ihram,iaitu tikus, kalajengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing galak).” (HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Makna fasik dalam bahasa Arab adalah al khuruj (keluar). Seseorang disebut fasik apabila ia keluar dari perintah dan ketaatan pada Allah Ta’ala. Lantas haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana keluarnya mereka hanya untuk mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui haiwan-haiwan tunggangan. Ada pula ulama yang menerangkan bahawa haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana mereka keluar dari haiwan-haiwan yang diharamkan untuk dibunuh di tanah haram dan ketika ihram.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 101)
Ditambah pula kala jengking itu pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w ketika sedang solat,haiwan tersebut menyengat baginda s.a.w hingga bengkak tangan Rasulullah s.a.w.Seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Musnad-nya dari hadits Abdul bin Mas'ud, ia menceritakan, "Ketika Rasulullah shalat, pada saat beliau sujud, tiba - tiba seekor kalajengking menyengat jari tangannya. Maka, Rasulullah keluar dan berkata, 'Semoga Allah melaknat kalajengking. Ia tidak membiarkan (tidak membeza - bezakan) antara seorang Nabi dan tidak pula yang lainnya.' Kemudian Rasulullah menyuruh diambilkan bejana yang berisi air dan garam, lalu bagian yang disengat kalajengking tersebut direndam dengan air dan garam itu sambil membaca, 'Qul huwallahu ahad dan Muaqqidzatain,' hingga rasa sakitnya reda."
Ali bin Abi Thalib berkata, “Pada suatu malam, ketika Rasulullah sedang solat, saat beliau meletakkan tangannya di atas tanah (sedang sujud), ada Kalajengking yang menyengatnya. Kemudian beliau mengambil sandal (terompahnya), lalu membunuhnya. Setelah selesai, beliau bersabda, ‘Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak membiarkan orang yang sedang solat atau yang lainnya, juga tidak pandang nabi atau lainnya.’ Lalu beliau mengambil sewadah air dan garam, dan mencampurkannya di wadah (seperti baldi atau seumpamanya bekas air). Kemudian beliau mengguyurkannya ke tangan yang disengat Kalajengking, dan mengusapnya seraya membaca surat al-Falaq dan an-Nas.” (HR. al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah).
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat Kalajengking. Setelah selesai solat, beliau bersabda,’Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak memandang nabi atau selainnya.’ Lalu beliau mengambil wadah (bekas air) yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat Kalajengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surah al-Ikhlash, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.” (HR. al-Baihaqi dan Imam al-Haitsami menyatakan bahwa sanad hadits tersebut hasan)
Bagi meneliti perkara ini,merujuk hadits-hadits Rasulullah s.a.w dari perbagai riwayat,terdapat beberapa anjuran oleh Rasulullah s.a.w dalam menghuraikan kemuskilan tersebut.Hal ini adalah syariat Islam dibangun di atas jalbul mashâlih (menciptakan atau mendatangkan kemaslahatan) dan dar`ul mafâsid (menghapus semua bahaya dan kerosakan). Semua yang merosak dan mengganggu boleh dihilangkan sesuai dengan tingkatan kerosakan dan gangguan yang timbul. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Di dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
خَمْسٌ فَوَاسِقُ، يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْحَيَّةُ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْحُدَيَّا
Walau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan. Jika gunakan gam pelekat bila melekat saja di gam tersebut buat pukulan sekali pukul saja sehingga mati. Jika gunakan perangkap tikus keluarkan di kawasan lapang jika tikus keluar saja terus berikan pukulan maut (semakin banyak pukulan,semakin terseksa haiwan tersebut sekiranya pukul tersebut tidak mendatangkan kematian).
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ
Maka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.Inilah cara islam dalam menerapkan kehidupan sebagaimana Allah s.w.t telah ajarkan tertib dan adab ketika berhadapan dengan makhluknya sekalipun terpaksa membunuh haiwan itu,namun dengan cara yang berakhlak.Wallahu a’lam.
Didalam hadits lain pula,turut tersenarai sebagai haiwan yang boleh dibunuh termasuk di tanah haram adalah kala jengking:
Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Lima haiwan jahat, yang boleh dibunuh di tanah Haram: Gagak, dan rajawali, dan anjing galak, dan kalajengking, dan tikus." (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Abbaas Radhiyallahu Anhu, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam mencegah dari membunuh empat haiwan: Semut, lebah, burung hud-hud, dan burung Shurad." (HR. Abu Dawuud: 2490)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberitahukan bahawa sifat pengganggu melekat pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam bahasa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam , binatang-binatang pengganggu itu disebut fawâsiq . Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mengizinkan untuk membunuhnya. Demikian juga serangga-serangga, diperbolehkan membunuhnya di tanah suci dan luar tanah suci apabila binatang-binatang tersebut menimbulkan gangguan, seperti semut, kecoa (lipas), nyamuk dan haiwan lain menimbulkan gangguan.[Majmû’ Fatâwa wa Maqâlât Mutanawwi’ah 5/301-302]
Membunuh Haiwan Fawasiq Ketika Sedang Ihram
Dari ‘Aisyah radhiallahu anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ ، وَالْعَقْرَبُ ، وَالْحُدَيَّا ، وَالْغُرَابُ ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Makna fasik dalam bahasa Arab adalah al khuruj (keluar). Seseorang disebut fasik apabila ia keluar dari perintah dan ketaatan pada Allah Ta’ala. Lantas haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana keluarnya mereka hanya untuk mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui haiwan-haiwan tunggangan. Ada pula ulama yang menerangkan bahawa haiwan-haiwan ini disebut fasik kerana mereka keluar dari haiwan-haiwan yang diharamkan untuk dibunuh di tanah haram dan ketika ihram.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 101)
Ditambah pula kala jengking itu pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w ketika sedang solat,haiwan tersebut menyengat baginda s.a.w hingga bengkak tangan Rasulullah s.a.w.Seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Musnad-nya dari hadits Abdul bin Mas'ud, ia menceritakan, "Ketika Rasulullah shalat, pada saat beliau sujud, tiba - tiba seekor kalajengking menyengat jari tangannya. Maka, Rasulullah keluar dan berkata, 'Semoga Allah melaknat kalajengking. Ia tidak membiarkan (tidak membeza - bezakan) antara seorang Nabi dan tidak pula yang lainnya.' Kemudian Rasulullah menyuruh diambilkan bejana yang berisi air dan garam, lalu bagian yang disengat kalajengking tersebut direndam dengan air dan garam itu sambil membaca, 'Qul huwallahu ahad dan Muaqqidzatain,' hingga rasa sakitnya reda."
Rasulullah s.a.w Disengat Kala Jengking
Ali bin Abi Thalib berkata, “Pada suatu malam, ketika Rasulullah sedang solat, saat beliau meletakkan tangannya di atas tanah (sedang sujud), ada Kalajengking yang menyengatnya. Kemudian beliau mengambil sandal (terompahnya), lalu membunuhnya. Setelah selesai, beliau bersabda, ‘Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak membiarkan orang yang sedang solat atau yang lainnya, juga tidak pandang nabi atau lainnya.’ Lalu beliau mengambil sewadah air dan garam, dan mencampurkannya di wadah (seperti baldi atau seumpamanya bekas air). Kemudian beliau mengguyurkannya ke tangan yang disengat Kalajengking, dan mengusapnya seraya membaca surat al-Falaq dan an-Nas.” (HR. al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah).
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Ketika Rasulullah sedang sujud dalam solatnya, jari beliau disengat Kalajengking. Setelah selesai solat, beliau bersabda,’Semoga Allah melaknat Kalajengking yang tidak memandang nabi atau selainnya.’ Lalu beliau mengambil wadah (bekas air) yang berisi air dan garam. Kemudian beliau meletakkan bahagian tangan yang tersengat Kalajengking dalam larutan air dan garam (merendamnya), seraya membaca surah al-Ikhlash, al-Falaq dan an-Nas, sampai beliau merasa tenang.” (HR. al-Baihaqi dan Imam al-Haitsami menyatakan bahwa sanad hadits tersebut hasan)
0 Comment for "Lima haiwan fawasiq"